Pages

Tuesday 30 November 2010

Muay Thai vs Kickboxing

Kickboxing sering disalahertikan sebagai Muay Thai yang juga dikenali sebagai Thai Kickboxing. Walaupun teknik dan undang-undang kedua-dua sukan ini hampir sama, kebanyakan aliran kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata dan tidak menyerang di bawah kawasan pinggang.
Terdapat banyak negara yang melabelkan aliran mereka sebagai kickboxing seperti Jepun, Amerika, India, Burma dan Perancis. Perkataan ”kickboxing” sebenarnya dicipta oleh Osamu Noguchi, seorang promoter Karate bagi merujuk kepada seni campuran sukan Muay Thai dengan Karate yang diciptanya pada awal tahun 60-an.

Silat

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Monday 29 November 2010

Muay Thai

Muay Thai is a hard martial art from Thailand that uses stand-up striking along with various clinching techniques. It is similar to other Indochinese styles of kickboxing, namely pradal serey from Cambodia, tomoi from Malaysia, lethwei from Myanmar and Muay Lao from Laos. Descended from muay boran, Muay Thai is Thailand's national sport.[1][2]
The word muay derives from the Sanskrit mavya and Thai comes from the word Tai. Muay Thai is referred to as the "Art of Eight Limbs" or the "Science Of Eight Limbs" because it makes use of punches, kicks, elbows and knee strikes, thus using eight "points of contact", as opposed to "two points" (fists) in Western boxing and "four points" (hands and feet) used in sport-oriented martial arts.[3] A practitioner of Muay Thai is known as a nak muay. Western practitioners are sometimes called nak muay farang meaning foreign boxer.

Muay Boran

Muay Boran adalah satu seni bela diri Thai purba. "Muay" merujuk kepada "boxing" dalam Bahasa Inggeris dan "Boran" merujuk kepada "purba" dalam Bahasa Melayu. Muay boran adalah satu teknik yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Thai pada zaman dahulukala. Setiap teknik yang terdapat dalam muay boran boleh menjuruskan kepada kematian atau kecederaan yang parah kepada pihak lawan kerana setiap teknik dilancarkan adalah dengan kekuatan dan kepantasan maksimum. teknik yang digunakan adalah seperti kaki, siku, lutut, dan tangan.

Tuesday 16 November 2010

Sengal...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. 

Tips cover malu...

Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu...

Monday 15 November 2010

Gagal dlm Math...


Pada satu hri,Saiful pergi ke skulah sprti biasa
slpas itu, Cikgu yg brtugas masuk ke kelas Saiful
hndak mengajar mata pljaran math,
Soalan trsebut 1 + 1 = ?
lalu die memberi soalan trsbut,Cikgu menanya kpd Saiful,

Cara jawab telefon yg betul...

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

Briged Al Qassam


Briged Izz ad-Din al-Qassam (كتائب الشهيد عز الدين القسام; dinamakan bersempena dengan nama Izz ad-Din al-Qassam, kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayash, matlamat utama kumpulan tersebut ialah membina organisasi ketenteraan jelas bagi menyokong matlamat Hamas, yang pada masa itu berkait dengan menghalang perundingan Persefahaman Oslo. Dari 1994 hingga 2000, Briged Izz ad-Din al-Qassam melaksanakan beberapa serangan ke atas tentera dan orang Israel.
Pada permulaan Kebangkitan Kedua "Second Intifada"], kumpulan ini menjadi sasaran utama Israel. Kekuatan kumpulan dan keupayaannya bagi melaksanakan serangan rumit dan membawa maut mengejutkan ramai pemerhati. Briged Izz ad-Din al-Qassam mengoperasi beberapa sel di Tebing Barat, tetapi kebanyakannya telah dimusnahkan menjelang 2004 selepas sejumlah besar operasi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan tersebut. Sebaliknya, Hamas mengekalkan kehadiran berkuasa di Genting Gaza, umumnya dianggap sebagai kubu kuatnya.

Mujahid...

GERAKAN Ikhwan Muslimun tidak hanya bertapak di bumi Mesir walaupun ia diasaskan di negara yang pernah didiami golongan nabi-nabi. Ia turut mempunyai kaitan dengan bumi Palestin yang turut dikatakan terdapat para anbiya dan ulama seperti Imam as-Syafie yang dilahirkan di bumi bertuah itu, ditambah pula dengan wujudnya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa.
Ikhwan Muslimun di Palestin dikenali sebagai Hamas. Ia diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin di bahagian Gaza yang merupakan cabang al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin.
Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.
Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.
Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

HAMAS

Hamas (bahasa Arab: حماس, singkatan حركة المقاومة الاسلامية Harakat al-Muqawama al-Islamiyya,Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin [1]. Berikutan pilihanraya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.
Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.
Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.

Thursday 11 November 2010

Kemalangan ngeri...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Selsema babi...

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.  Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Bumi semakin panas...


Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikutbenua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida diatmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Tuesday 9 November 2010

Sahabat...

Bismillahirahmanirahiim...
Assalamualaikum wbt...

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat
kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.