Pages

Saturday 4 May 2013

Siapa Sebenarnya Bashar Assad?

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?


Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.


Friday 3 May 2013

Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya




Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan. 

Thursday 2 May 2013

Kisah Biawak (Dhab) Yang Beriman


Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. : 

Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.