Pages

Tuesday 30 April 2013

Sulur Bidar...

Sulur Bidar itu sejenis ikan besar? Atau sejenis hidupan berbentuk obor-obor gergasi? Atau sejenis ular gergasi yg hidup di dasar tasik, persisir pantai dan sungai?

Sulur Bidar atau nama-nama lainnya ; Sulur Bidai, Ular Bidang, Hantu Bidai, Hantu Balong, Hantu Balong Bidai, Balum Beude (Acheh), Gulung Tikar, Leled Samak (Sunda), Long Badak...


Ada dua pendapat mengenai Sulur Bidar ini, iaitu pendapat pertama mengatakan bahawa Sulur Bidar adalah haiwan alam nyata yang telah bermutasi atau berevolusi menjadikan bentuknya agak ganjil, jauh lebih besar dan hebat.


Monday 29 April 2013

Surah Al Mulk





Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."



Sunday 28 April 2013

Hudud, Qisas dan Takzir

HUDUD


• Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman tersebut.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim.
• Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia.
• Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut syarak.
• Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.

QISAS


• Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris mangsa sahaja.
• Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa dan waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh.
• Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap penjenayah.
• Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur, waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak. 
• Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.

TA’ZIR


• Hukuman ta’zir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.
• Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh member keringanan terhadap penjenayah.
• Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi.
• Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur.
• Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman qisas dan hudud.



Red Warriors Bangkit Di Kota Bharu



KELANTAN berjaya bangkit dari dua kekalahan berturut-turut selepas menundukkan T-Team 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Pelawat terlebih dahulu mencemaskan pintu gol tuan rumah menerusi rembatan deras Ahmad Syamim Yahya dari luar kotak penalti pada minit ke-9, namun rembatannya sekadar menggegar palang gol walaupun Khairul Fahmi Che Mat sudah pun tertewas.
Minit ke-15, pemain pertahanan T-Team, Shazlan Alias mendapat peluang terbaik menghasilkan gol pertama apabila mendapat hantaran cantik daripada Ibric Yuksel di dalam kotak penalti, namun rembatanya berjaya ditampan Khairul Fahmi.
Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Dickson Nwakaeme yang menyudahkan sepakan penalty, apabila tindakan Hasan Basri menjatuhkan Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti di kesan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaakob.
Selang sembilan minit kemudian, pemain sayap, Mohd Faiz Subri mendapat peluang terbaik untuk menambah gol buat Kelantan apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol T-Team, Iqbal Suhaimi, namun rembatannya jauh melepasi palang gol.
Minit ke-45, Kelantan terus mengasak kubu pertahanan T-Team dan Indra Putra hampir mendapatkan gol kedua buat The Red Warriors (TRW), namun tampanannya sekadar singgah di palang gol selepas menerima hantaran lintang daripada Mohd Faiz.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguji pertahanan pelawat menerusi Mohd Faiz yang membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti yang ditepis keluar Iqbal.
Minit ke-52, hasil daripada serangan balas, George Boateng hampir mendapatkan gol penyamaan buat T-Team, namun rembatannya dalam kotak penalti ditampan kemas Khairul Fahmi.
Tindakan ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menggantikan Dickson dengan Mohd Norfarhan Mohamad sebaik bermula babak kedua akhirnya berbaloi apabila pemain itu bijak menanduk masuk hantaran lintang ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-60 untuk gol kedua Kelantan.
Yuksel kemudian merapatkan jurang gol buat T-Team apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas Ahmad Fakri Saarani menjatuhkan Ahmad Syamim di dalam kotak penalti.
Kelantan mengesahkan kemenangan apabila Indra Putra mudah menampan masuk bola hantaran lintang daripada Mohd Badhri pada masa kecederaan.
www.sports247.my
credit:kelate.net

Saturday 27 April 2013

Sejarah Ngeri Penindasan yang Disembunyikan Dari Mata Dunia


Umat Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan dan penindasan sejak tahun 1920-an lagi.

Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.

Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula sehinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.

Friday 26 April 2013

Perkara yang harus dielakkan selepas makan


1. Jangan makan buah selepas makan. Buah mengandungi asid yang boleh merosakkan usus yang menjadi lembut selepas kita makan. Buah seharusnya dimakan sebelum makan. Perut juga boleh menjadi kembung kerana buah mengandungi banyak air. 

2. Jangan minum teh selepas makan. Asid yang terkandung dalam teh boleh menyebabkan protein dalam makanan cepat mengeras dan menyebabkan makanan tersebut sukar dihadam. 

3. Jangan mandi selepas makan. Aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah pada bahagian perut akan menurun. Ini menyebabkan sistem pencernaan akan menjadi lemah.

4. Jangan banyak berjalan. Banyak berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap khasiat makanan yang telah dimakan. 

5. Jangan tidur selepas makan. Perut tidak dapat menghadam makanan ketika anda tidur. 

6. Jangan merokok selepas makan. Menghisap rokok boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa kerana sistem penghadaman terganggu. 

7. Jangan bersenam selepas makan. Aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan usus tidak dapat memproses makanan.