Pages

Saturday 30 July 2011

Malaysia Tersingkir Dalam Kempen Piala Dunia 2014


Piala Dunia 2014 Kelayakan Asia Pusingan 2, Perlawanan 2
28 Julai 2011 (Khamis)
Malaysia
Safee Sali (58')
1-1 (agg 4-6)
Singapore
Shi Jia Yi (73')
Std Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Skuad Harimau Malaya gagal mara ke peringkat seterusnya pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Singapura malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal tersingkir menerusi agregat 6-4 selepas kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura Sabtu lalu.





Mohd Safee Mohd Sali menceriakan 90,000 penonton dengan memberi harapan untuk mengatasi defisit dua gol apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57.


Keghairahan pasukan negara untuk mencari ruang dan peluang membolosi benteng pertahanan Singapura nyata meleset apabila pasukan lawan mengatur gerakan pantas bagi mematahkan semangat juang pemain negara. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan menepis serangan bahaya barisan penyerang Singapura.

Keazaman pemain negara untuk menambah gol kedua membawa padah apabila Shi Jiayi membuat gerakan solo selepas menerima hantaran sepakan percuma dari tengah padang untuk mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura pada minit ke-72. Gol tersebut memberi tekanan buat skuad Rajagobal yang memerlukan dua jaringan lagi mengurangkan defisit gol.

Namun semangat Malaysia tidak luntur apabila mengatur beberapa serangan menerusi S.Kunanlan, Safee Sali dan pemain gantian, Ahmad Fakhri Saarani namun penyudah yang tumpul gagal membuahkan sebarang hasil.
Singapura kelihatan ingin melengah-lengahkan masa dengan beberapa pemainnya dilihat mengalami kecederaan.
Malang bagi Ahmad Fakhri Saarani apabila dilayangkan kad merah pada masa tambahan kerana didakwa mengasari pemain lawan untuk menjadikan pasukan negara bermain 10 orang pada minit-minit terakhir hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Jepun Takayama Hiroyoshi.

Kesebelasan utama Malaysia:

Malaysia: 22 Khairul Fahmi Che Mat, 2 Mahalli Jasuli, 4 Asraruddin Putra Omar, 6 Fadhli Shas, 7 Aidil Zafuan (5 Mohd Muslim Ahmad 22'), 8 Ismail Faruqi ( 15 K. Gurusamy 63'), 10 Safee Sali, 12 Amar Rohidan, 14 Abdul Hadi Yahya (13 Ahmad Fakri Saarani 71'), 16 S. Kunanlan, 21 Amirulhadi Zainal

Simpanan: 1 Sharbinee Allawee Bin Ramli, 3 Mohd Rizal Fahmi Bin Abd Rosid, 5 Muslim Bin Ahmad, 9 Ashari Bin Samsudin, 11 Badrol Bin Bakhtiar, 13 Ahmad Fakri Bin Saarani, 15 Govindar Gurusamy, 18 Helmi Bin Remeli, 19 Mohamad Azmi Bin Muslim, 20 Izzaq Faris Bin Ramlan, 23 Mohd Nasril Bin Nourdin

Jurulatih: Rajagobal Krishnasamy

Kad Kuning: Ahmad Fakri Saarani (83', 90+4')
Kad Merah: Ahmad Fakri Bin Saarani (90+4 ' -2 Kad kuning)

Sumber:malayatigerfootball.com



No comments:

Post a Comment