Assalamualaikum
W.B.T!
Indahnya
perempuan yang tutup aurat..
Semakin
panjang tudungnya, semakin indah la pada pandangan saya..
Jom
kita renung-renungkan bersama!
Andai
suatu hari kita mati, akaun BLOGGER, FACEBOOK,
TUMBLR, MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED dan sebagainya akan ke mana?
Saya
pasti, hanya kita yang boleh access account kita..
Mungkin
juga makwe/pakwe kita boleh access kan..
Tapi,
bila dah clash, terus tukar password..
Andai
kita berkongsi kebaikan khususnya untuk Blogger, ia mampu memberikan keringanan
dan pahala yang berterusan sekiranya kita mati kelak..
Andai
akaun itu semua berteraskan keburukan? Apa akan jadi?
Pastinya,
kita akan terseksa di alam kubur kelak dengan dosa yang semakin bertambah..
Facebook dan TUMBLR khususnya untuk para muslimah..
Masih
tidak cukup lagi korang nak upload gambar-gambar mendedah aurat tu?
Selepas
kita mati..
Apa
yang jadi pada akaun Facebook kita?
Mungkin
ada yang akan ucapkan takziah dan mungkin ada yang selalu menjenguk bagi
mengubat rindu..
Apa
akan jadi pula pada akaun Blogger/TUMBLR kita?
Ada
yang dah tahu kita mati, mungkin membukanya untuk melepas rindu dan untuk
mengingati semula kenangan lama..
Tapi,
yang tak kenal? Sudah pasti blog anda menjadi bahan tatapannya tanpa segan
silu..
Tetapi..
Sedarkah
kita gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
Gambar-gambar
yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna tu, macam mana nanti?
Lelaki
ajnabi terus-terusan melihat dan dalam masa yang sama, tiada siapa yang
boleh delete gambar kita..
Walau
sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
Saham
dosa terus meningkat..
Macam
mana?
Pernah
terfikir tak?
Tudung
singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Jeans
ketat dan semua yang ketat-ketat tu, boleh selamatkan kita?
Baju
yang membalut aurat itu, bagaimana?
Mungkin
kini..
Kita
masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
berlatar belakangkan tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..
Tapi
di akhirnya nanti..
Semua
itu tidak akan membawa erti dan semuanya hanya tinggal kenangan bagi
yang masih hidup..
Di
alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba
kita renung-renungkan..
SAHAM DOSA TERUS MENINGKAT walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari
akhirat..
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan..
Jagalah
maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah..
Mati
itu pasti!
Persiapkan
diri untuk mati itu perlu..
JANGAN BIARKAN DIRI TERUS MENERUS MELAKUKAN DOSA..
Anda
faham kan?
Mungkin
kesedaran kita masih tidak setinggi mana..
Tapi,
percayalah.. Andai kita berada di alam kubur kelak, kesedaran kita mencapai
kesedaran yang tak pernah kita jangkakan selama hidup di dunia..
Heh! Sekian
saja dari saya..
Renung-renungkan, selamat beramal..
Ingat, tiada siapa yang tahu bila ajal kita..
Persiapkan dirimu dari sekarang..