Pages

Showing posts with label Beladiri. Show all posts
Showing posts with label Beladiri. Show all posts

Tuesday, 2 August 2011

Muay Thai vs JKD...


Jeet Kune Do (JKD) ialah aliran seni beladiri yang diasaskan oleh Bruce Lee 40 tahun yang lalu. JKD dikatakan menggabungkan lebih daripada 30 teknik tempur pelbagai seni beladiri. Ketika hayatnya, Bruce Lee mengkaji teknik yang efektif bagi pertempuran sebenar (street fighting) dan menyerapnya ke dalam JKD. Tugas ini disambung oleh pewaris mendiang, Dan Inosanto.

Dan Inosanto turut mengadaptasi teknik berlawan Muay Thai ke dalam JKD kerana semasa masih hidup, Bruce Lee tidak gemar akan corak serangan dan latihan Muay Thai. Untuk rekod, Dan Inosanto ialah jurulatih Muay Thai di bawah Acharn Chai Sirisute.

Bagi pertarungan dalam sangkar (No-Holds-Barred), pengamal JKD mempunyai lebih banyak peluang untuk menang terhadap petinju Muay Thai. Namun, jika kedua-duanya beradu dalam gelanggang Muay Thai, petinju Muay Thai akan mendominasi perlawanan kerana corak gelanggang yang sesuai untuk stand-up fighting.

Seorang ahli JKD yang sebenar akan memiliki tendangan sebaik ahli taekwondo, tumbukan sepantas petinju profesional, stamina standing petinju Muay Thai, kemahiran bertempur jarak dekat seperti Kung Fu Wing Chun, helah selicik pesilat Pattani, dan mampu bergelut seperti Jujitsu.

sumber:boksingkelate.blogspot.com

Sunday, 31 July 2011

Muay Thai vs Taekwondo...

Rekod perlawanan Taekwondo menentang Muay Thai sama ada di gelanggang TKD atau Muay Thai agak menyedihkan (contohnya Ultimate Warrior). Walaupun yang bertarung itu memegang tali pinggang hitam darjah tertinggi (4 dan ke atas), mereka seolah-oleh tiada sasaran apabila menghadapi petinju Muay Thai. Semua serangan ditampan dengan senang sama ada menggunakan tangan, kaki atau tubuh petinju itu sendiri. Sebaliknya, ahli TKD jarang dapat menahan asakan bertubi-tubi dengan sepak layang tulang kering dan akhirnya dipaut dan dihenyak dengan lutut.

sumber:boksingkelate.blogspot.com

Wednesday, 27 July 2011

Muay Thai vs Lethwei...

Lethwei, Muay Thai, Pradal Serey dan Tomoi mempunyai banyak persamaan kerana berasal dari rumpun yang sama. Sejarah Lethwei didakwa bermula sejak zaman Kerajaan Pyu di Burma pada tahun 832 Masihi.

Umum mengetahui sejarah peperangan Burma dengan Thailand yang bermula sejak abad ke-15 lagi. Sehingga sekarang, hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara masih tegang. Namun, setiap tahun pihak berkuasa Thailand mengundang petinju Lethwei dari Burma untuk berlawan dengan petinju Muay Thai.

Petinju Lethwei yang datang berlawan di Thailand sering ditewaskan oleh petinju Muay Thai. Ini disebabkan mereka tidak mahir berlawan apabila memakai glove kerana dalam perlawanan Lethwei, petinju cuma memakai pembalut tangan.

Saturday, 18 December 2010

Gim vs bangsal(Tomoi)

1. Gim hanya terdapat di bandar-bandar besar -- bangsal dibina di kampung.

Hanuman Thayarn

Lutut terbang (hanuman thayarn) berbeza dengan lutut lurus yang dipacu dengan membengkokkan sedikit badan ke belakang. Untuk melakukan lutut terbang, petinju akan melompat sambil menghentak sasaran di depan dengan tempurung lutut. Sasaran lutut terbang biasanya di kawasan kepala. Lutut terbang berbeza dengan teknik lutut lain kerana digunakan semasa pertarungan jarak jauh. Teknik ini menggunakan graviti untuk menambahkan kuasa serangan. Lutut terbang hanya sesuai dilakukan semasa lawan kepenatan atau hilang keseimbangan kerana kombinasi serangan dari petinju.

Friday, 3 December 2010

Muay Thai vs Silat...

Apakah kesudahannya jika dua ahli ilmu tempur paling ganas di dunia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?

Tuesday, 30 November 2010

Muay Thai vs Kickboxing

Kickboxing sering disalahertikan sebagai Muay Thai yang juga dikenali sebagai Thai Kickboxing. Walaupun teknik dan undang-undang kedua-dua sukan ini hampir sama, kebanyakan aliran kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata dan tidak menyerang di bawah kawasan pinggang.
Terdapat banyak negara yang melabelkan aliran mereka sebagai kickboxing seperti Jepun, Amerika, India, Burma dan Perancis. Perkataan ”kickboxing” sebenarnya dicipta oleh Osamu Noguchi, seorang promoter Karate bagi merujuk kepada seni campuran sukan Muay Thai dengan Karate yang diciptanya pada awal tahun 60-an.

Silat

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Monday, 29 November 2010

Muay Thai

Muay Thai is a hard martial art from Thailand that uses stand-up striking along with various clinching techniques. It is similar to other Indochinese styles of kickboxing, namely pradal serey from Cambodia, tomoi from Malaysia, lethwei from Myanmar and Muay Lao from Laos. Descended from muay boran, Muay Thai is Thailand's national sport.[1][2]
The word muay derives from the Sanskrit mavya and Thai comes from the word Tai. Muay Thai is referred to as the "Art of Eight Limbs" or the "Science Of Eight Limbs" because it makes use of punches, kicks, elbows and knee strikes, thus using eight "points of contact", as opposed to "two points" (fists) in Western boxing and "four points" (hands and feet) used in sport-oriented martial arts.[3] A practitioner of Muay Thai is known as a nak muay. Western practitioners are sometimes called nak muay farang meaning foreign boxer.

Muay Boran

Muay Boran adalah satu seni bela diri Thai purba. "Muay" merujuk kepada "boxing" dalam Bahasa Inggeris dan "Boran" merujuk kepada "purba" dalam Bahasa Melayu. Muay boran adalah satu teknik yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Thai pada zaman dahulukala. Setiap teknik yang terdapat dalam muay boran boleh menjuruskan kepada kematian atau kecederaan yang parah kepada pihak lawan kerana setiap teknik dilancarkan adalah dengan kekuatan dan kepantasan maksimum. teknik yang digunakan adalah seperti kaki, siku, lutut, dan tangan.