Pages

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, 24 December 2010

Nilai Sebuah Persahabatan

Puteri Arissa Maryanna..Satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar SMK Sri Bangsar.Bukan kerana dia anak Pengetua sekolah mahu pun kerabat Diraja atau orang berada tetapi kerana kepandaiannya dan kecantikan semulajadi yang dimilikinya pasti membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila melihatnya tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.Kini dia berada di tingkatan 5 dan merupakan dalam kelas pertama.Berkata tentang kepandainnya,setiap tahun dia pasti akan memperoleh keputusan terbaik dalam tingkatan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 4.Kini,dia menjejakkan kaki ke tingkatan 5.Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak ke sekolah berasrama penuh jika dia begitu pandai.Bukannya dia tidak mahu ke sekolah berasrama penuh dan bukannya dia tidak mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh tetapi kerana keluarga dia memilih untuk terus bersekolah di smk sri bangsar.Puteri Arissa Maryanna atau lebih dikenali dengan nama Ana bukanlah lahir daripada keluarga berada,tetapi dia hanyalah seorang gadis biasa yang lahir dari keluarga yang miskin.Bukan sederhana tetapi MISKIN!

Wednesday, 22 December 2010

Hijab Cintamu Hana Humaira

Hujan turun mencurah-curah. Tidak terlalu lebat tidak juga terlalu renyai, menjadikan cuaca pagi ini amat sejuk sekali. Kata orang tua, hujan di pagi hari nie pembawa rezeki. Suasana yang dingin mengamit aku membawa aku kembali menginggati diriku 14 tahun nan lalu.

Monday, 13 December 2010

Pada Suatu Ketika Di Hujung Madini

Seorang lelaki sedang berjalan terbongkok-bongkok menuju ke rumah Penghulu Abdul Majid pada suatu malam dalam hujan lebat dan ribut kencang. Berpakaian daun nipah yang dijalin dengan urat halus rotan segara dan berterendak mengkuang paya sebagai baju hujan, lelaki itu mengatur langkah bongkok penuh yakin sehingga tiba di kaki tangga rumah Penghulu Kampung Batu Sawar itu. Kemudian dia mengetuk pintu bertalu-talu.

Tuesday, 7 December 2010

Jaguh Dunia


Pada suatu ketika di sebuah padang permainan, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang
bermain bola sepak. Kesemua bermain bagaikan lagak seperti pemain idola masing-masing.

Wednesday, 1 December 2010

Tanah Pusaka

                                                                           1


Cuaca pada pada pagi itu amat baik sekali. Angin sepoi sepoi bahasa terasa nyaman, daun daun pokok getah melambai lambai sesekali. Mak Munah melabuhkan punggungnya diatas kerusi diberanda rumahnya. Sekarang ini Mak Munah berasa puas dengan kejayaan anak anaknya, masing masing telah bekerja, ada yang berjawatan tinggi dan sudahpun mempunyai keluarga sendiri.

Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :