Pages

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 7 December 2010

Sabarlah Hai Jiwa

Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.

Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.

Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.

Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?

Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.

Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.

Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa…

Tinggal Harapan

Hari berlalu terus
Tanpa henti walau sesaat
Jiwa mengharap terus
Tanpa jemu walau sebentar
Pada siapa?
Pada Dia yang mencipta?
Atau pada hamba yang tak punya?
Mungkin pada batu yang tak bernyawa
Atau pada alam yang tak berkuasa
Orang meletakkan harapan
Pada kita
Kita menyandarkan harapan
Pada mereka
Siapa yang mencukupkan
Pada akhirnya?
Harapan
Kalau tak bertempat
Akhirnya hanya tinggal harapan
Biar segunung dihimpun
Takkan bernilai sebutir habuk pun
Adakah yang boleh memenuhi segala harapan
Selain Allah?

Sunday, 5 December 2010

Warkah Kesuma

Tidak ku tangkap ular lidi .
Itu hanya mainan bayi dalam dakapan .
ku cari naga di tengah lautan ,
menyelam kedasaran paling dalam .
Ku cari gunung paling tinggi ,
ku daki kepuncak tanpa tali .
Ku cari api paling panas ,
ku genggam menjadi arang .
ku cari salji paling sejuk ,
ku berlari tanpa alas kaki .
Bila peluru dan keris menghiris kulit ku ,
Ku baluti dengan garam .
Bila badan ku merah di selimuti darah ,
ku kata itu warna kegemilangan .
Bila nafas ku di hujung hayat ,
ku katakan , aku baru di lahirkan 

Sumpah Keramat

perlukan waktu untuk sembuh sendiri.
tak perlu lagi mencari-cari
apakah ini mainan duniawi
biarlah ianya berlalu
di bawa oleh angin semalam
mengharapkan yang pasti
yang ditunggu akan muncul nanti