Umat Islam di Syria, sebuah negara yang
diperintah oleh Parti Baath yang merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963,
telah mengalami penderitaan dan penindasan sejak tahun 1920-an lagi.
Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11
peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan
warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.
Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan
kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria
menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan
mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada
tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang
kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria
kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula sehinggalah ia
dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik
permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek
Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari
Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.
Polisi penindasan selama 26 tahun yang berakhir
dengan kemerdekaan pada tahun 1946 adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh
Perancis ke atas Algeria, Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang
lain. Rakyat Syria telah memulakan kempen menentang selepas penaklukan Perancis.
Perancis dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak
bandar-bandar besar. Kebangkitan yang berlaku telah dihapuskan dengan kejam,
namun Perancis menyedari bahawa hari-hari mereka berada di Syria sedang
dihitung.
Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas
Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946.
Namun demikian, mereka meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan
sering terdedah kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria
selepas Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah
berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian Saidina
Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh orang-orang
Kristian ke atas Nabi Isa a.s.).
Pentadbiran Perancis telah meletakkan minoriti
Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak
senang kepada umat Islam dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya
membenihkan bibit-bibit permusuhan di antara dua golongan tersebut. Ramai pakar
di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan
politik dan militari yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada
tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku
ialah puak Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan
kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui
perkembangan politik dan ekonomi tanah air.
Selepas kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara
yang sering berlaku rampasan kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus
melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator
Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah
mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat menekan.
Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan
kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah,
yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi.
Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat
sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi
Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu.
Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti
politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath
diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang.
Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah
ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi
manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan
penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan
bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah
dikenakan ke atas lelaki.
Kekejaman dan Penindasan, Simbol Era Assad
Penduduk Hama, yang dikenali kerana berpegang
teguh dengan Islam, telah dibunuh dengan kejam dalam satu peristiwa pembunuhan
beramai-ramai selama 27 hari, yang didalangi oleh adik kepada pemimpin Syria
Hafez al-Assad, iaitu Rifaat.
Matlamat utama rejim Baath adalah untuk
memadamkan identiti Islam Syria. Bagi mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu
umat Islam telah ditahan tanpa sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya
telah dikenakan hukuman, dan yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah
melakukan tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga
mati dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk
memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan melakukan
penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan sesungguhnya mereka amat
gembira melakukannya.
Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah
pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang
membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat
berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf
Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar
Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah
telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000
umat Islam kehilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari
itu.
Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan
oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang
melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian.
Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.
Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang
mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar
signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria.
Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan
seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang adil.
Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan asal-usul
keturunannya.
Namun demikian, kita harus ingat bahawa tiada
satu pun masalah sosial di Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang
tidak memiliki jalan penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang
berlaku di kawasan tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama
sekali. Namun demikian, jalan penyelesaiannya di cari selama beratus-ratus
tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan hidup
berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada seluruh manusia.
Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian adalah tidak patut bagi diri
umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah menciptakan segala-galanya, yang
membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dalam aman,
sejahtera dan selamat, dan telah mewahyukan semua itu kepada manusia melalui
al-Quran. al-Quran telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap
perkara, seperti yang diterangkan dalam ayat berikut,
"...Kami turunkan kepada kamu Al-Kitab
(Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan
khabar gembira bagi Muslimin." (An-Nahl, 16:89)
Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah
mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2
Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia
mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga
dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai
30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu
orang penduduk terpaksa melarikan diri.
Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah
diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita
tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk
komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang
dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk
menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam.
Sekiranya ajaran moral terbaik yang diberitahu di
dalam al-Quran dapat difahami dan seterusnya diamalkan, maka segala masalah yang
sedang berlaku di dunia ini akan dapat diselesaikan dengan mudah.
Memandangkan jalan penyelesaiannya adalah hidup
berdasarkan ajaran al-Quran, maka mereka yang memiliki kesedaran adalah
bertanggungjawab untuk menerangkan al-Quran kepada orang lain. Di dalam
al-Quran, para utusan Allah telah menerangkan tanggungjawab mereka seperti
berikut:
Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan
dengan jelas. (Yaasin, 36:17)
Allah menyeru kepada keamanan dan menunjuki
orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Yunus, 10:25)
Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman
Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah
orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya.
Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat,
iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini.
Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup
dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan
segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan
kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah
dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia....I.Allah
No comments:
Post a Comment