Pages

Friday 24 December 2010

Nilai Sebuah Persahabatan

Puteri Arissa Maryanna..Satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar SMK Sri Bangsar.Bukan kerana dia anak Pengetua sekolah mahu pun kerabat Diraja atau orang berada tetapi kerana kepandaiannya dan kecantikan semulajadi yang dimilikinya pasti membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila melihatnya tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.Kini dia berada di tingkatan 5 dan merupakan dalam kelas pertama.Berkata tentang kepandainnya,setiap tahun dia pasti akan memperoleh keputusan terbaik dalam tingkatan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 4.Kini,dia menjejakkan kaki ke tingkatan 5.Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak ke sekolah berasrama penuh jika dia begitu pandai.Bukannya dia tidak mahu ke sekolah berasrama penuh dan bukannya dia tidak mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh tetapi kerana keluarga dia memilih untuk terus bersekolah di smk sri bangsar.Puteri Arissa Maryanna atau lebih dikenali dengan nama Ana bukanlah lahir daripada keluarga berada,tetapi dia hanyalah seorang gadis biasa yang lahir dari keluarga yang miskin.Bukan sederhana tetapi MISKIN!





Ana mula menjejakkan kaki di Smk Sri Bangsar. Pastinya tahun baru,Ana dengan azam baru juga.Ana bagaikan mempunyai aura.Mula sahaja dia melangkahkan kaki di SMK Sri bangsar pada tahun itu,semua anak mata sudah berpaling menghadapnya.Terpesona melihat keayuannya.Walaupun sekadar berbaju sekolah dan berbedak nipis.Namun sememangnya Ana mempunyai aura yang kuat.Lebih kuat dari aura Mawi World.Lebih kuat lagi dari aura Datuk Siti Nurhaliza.Ana tidak seperti kebanyakan pelajar perempuan lain di sekolah itu yang tidak mengenakan tudung.Yang lebih gemar menunjukkan kecantikan mahkota yang menghiasi kepala mereka.Padanya,biarlah menyembunyikan mahkotanya yang terlalu bernilai untuk dipertonton kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada insan bergelar lelaki!Kenapa harus dipertontonkan mahkotanya itu sedangkan tuntutan agama menyuruh setiap insan bergelar perempuan menyembunyikan mahkota mereka itu.Ah!dia sendiri tidak faham.Biarlah.Dia tidak mahu masuk campur.Lagipun baginya kecantikan bukanlah harus dinilai dari pandangan luaran tetapi kecantikan seseorang haruslah dinilai pada kecantikan budi pekerti dan ketulusan hati.


Tiba-tiba Ana teringatkan hari pertama dia menjejakkan kaki ke SMK Sri Bangsar sewaktu berada di tingkatan1.Kejadian pada hari itu takkan mudah dilupakannya.Dan kerana kejadian itu jugalah dia mengenali insan bernama Tengku Fariz Anuar.Seorang insan yang menjadi penyeri hari-hari hidupnya.Seorang insan yang akhirya menjadi sahabat karibnya.Dia senang dan selesa berkawan dengan Fariz kerana sikap Fariz tidak seperti pelajar lelaki yang lain di sekolahnya yang ingin mendekatinya dan mengharapkan lebih dari sebagai seorang teman.Pada hari tersebut,dia telah terlewat ke sekolah.Alasannya tidak seperti kebanyakan pelajar lain iaitu terlambat bangun!Tetapi dia terlewat kerana menunggu ibunya menyiapkan nasi lemak untuk dijual di sekolah.Kerana terlalu kelam kabut pada pagi itu,secara tidak sengaja dia telah bertembung dengan seorang pelajar lelaki.Siapa lagi kalau bukan Fariz.Habis semua nasi lemak yang dibawanya jatuh.Mahu tidak mahu dia terpaksa menyalahkan Fariz atas segala yang berlaku.Masih ingat lagi dia pada kejadian pagi itu.Perasaan amarah menguasai dirinya.Tidak henti-henti dia melemparkan kata-kata marah kepada Fariz.Tetapi Fariz hanya berdiam dan tidak sepatah pun menyampuk kata-katanya.Bukannya dia mahu marah tetapi kerugian yang ditanggungnya pasti sekali memeritkan dia.Lebih-lebih lagi keluarganya memang miskin.Akhirnya,Fariz hanya membayar ganti rugi.Semua orang sudah sedia maklum bahawa Fariz merupakan kerabat diraja.Jadi,kerugian yang hanya berpuluh ringgit itu hanya sedikit baginya.Not Rm50 dikeluarkan dari dompetnya.Membayar ganti rugi nasi-nasi lemak yang jatuh.Kemudian dia hanya berlalu pergi.Rasa kekesalan pula timbul di hati Ana.Kerana dia tidak sepatutnya menyalahkan Fariz seorang atas kejadian itu sedangkan dia juga salah.Kerana terlalu cuai.Ah!Kenapalah mengaku kesilapan itu seringkali menjadi susah bagi kita.Mengapalah kita selalunya ingin meletakkan kesilapan itu di bahu orang lain sahaja.


Sudahlah.Malas dia mahu fikirkan lagi.Dia hanya berlalu menuju ke kelas.Setibanya di kelas,satu perkara yang amat tidak disangkanya ialah pelajar lelaki tadi turut berada di kelasnya. ‘Adakah dia sekelas dengan aku?Biarlah.lagipun bukankah dia ikhlas memberi wang itu kepada aku.Tapi dia tidak ada menyatakan ikhlas pun.Bukankah aku yang memaksanya?’Satu persatu soalan timbul di benak fikiran Ana.Ana meninjau-ninjau tempat kosong untuk dihuninya sepanjang tahun ini.Malangnya,tiada lagi tempat kosong yang lain melainkan sebelah lelaki yang dilanggarnya tadi.Malangnya hidupnya hari ini.Mahu tidak mahu dia terpaksa duduk di sebelah pelajar lelaki itu.Hatinya berdebar-debar.


"Assalamualaikum.Boleh saya duduk kat sini?"Pelajar lelaki itu hanya mendiamkan diri.Sekali lagi Ana bertanya,"Boleh tak?".Masih lagi tiada jawapan yang kedengaran.Akhirnya dia memutuskan sahaja duduk di situ tanpa meminta izin.Lagipun bukannya sekolah itu milik pelajar itu.Suka hati dialah mahu duduk di mana.Pelajar lelaki itu tidak berhak menghalangnya.Akhirnya pelajar itu bersuara"Waalaikummussalam"Hanya perkataan menjawab salam yang kedengaran.Ana tersenyum sendirian.Ingatkan bisu tadi.Fikirnya nakal. "Saya Arissa Maryanna.Panggil sahaja Ana".Salam perkenalannya tidak dibalas.Sudahlah,malas dia mahu melayan lagi pelajar lelaki di sebelahnya itu.Pasti sekali hari-hari persekolahannya pada tahun itu akan berjalan perlahan.Mana tidaknya pelajar di sebelahnya ini hanya diam membisu.Pasti dia akan bosan.Tapi dia apa kurangnya,selalunya dia tidaklah seperamah ini.Mungkinkah kerana rasa bersalah yang menyelubungi diri menyebabkan dia berpelakuan demikian.Menghulurkan salam perkenalan demi meminta maaf.Tapi apakan daya jika salam perkenalannya tidak dibalas orang.Kenapa?Kenpa harus difikirkannya lagi tentang pelajar di sebelahnya itu?Bukankah dia juga tiada mengungkap ucapan maaf.Dan hanya menghulurkan wang sekadar menunjuk-nunjuk?Tidak baik dia berfikir demikian.Mungkin juga pelajar itu ikhlas membayar ganti rugi.


"Saya Tengku Fariz Anuar.Panggil sahaja Fariz"."Maaf tentang hal tadi.Saya tak sengaja"lembut sahaja Fariz menutur bicara.Tenang.Ana terkelu.Dia tidak sangka itulah Tengku Fariz yang didengarinya pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas.Ramai pelajar perempuan berkata-kata tentang Tengku Fariz dan dia tidak sangka pelajar lelaki yang dihadapannya itulah Tengku Fariz. "Assalamualikum awak"Sapaan Fariz menghentikan lamunannya. "Maaf Tengku"itu sahaja ungkapan yang mampu dituturkannya pada ketika itu.Malu dan takut mengenangkan dia telah memarahi seorang kerabat Diraja. "Tak payahlah nak bertengku tengku.Fariz aja lahKenapa pula awak nak minta maaf?" "Tadikan saya marah Tengku.opps,silap,Fariz".Deraian ketawa kedengaran.Lawakkah apa yang dikatakannya itu?Rasanya tidak ada apa-apa yang lawak yang dituturkannya.Fikir Ana lagi.


Lamunannya terhenti.Kenangan 4 tahun lalu seharusnya dilupakan.Lagipun Fariz sudah tidak ada lagi di sekolah ini.Dia juga sudah lama tidak berhubung dengan Fariz semenjak Fariz bersekolah di sekolah berasrama penuh.Mengingatkan kenangannya bersama Fariz mengukir senyuman di bibir comelnya.Tapi jauh di dalam hati,dia sedih dengan kepergian sahabat baiknya itu.Tapi bukankah dia juga sudah biasa hidup tanpa teman baik.Bukankah dia sudah biasa melakukannya sendirian?Bukannya dia tidak ada teman lain tapi semuanya hanya teman biasa.Dan bagi lelaki pula dia tidak mampu berteman dengan mereka sebagaimana persahabatannya dengan Fariz kerana mereka semua mengharapkan lebih daripada seorang sahabat.Tapi dia tidak mampu menjanjikan lebih daripada seorang sahabat.Lagipun baginya persahabatan lebih bermakna daripada percintaan.Keramna persahabatan kekal selama-lamanya tetapi percintaan akan retak bila hati telah dilukai.Bukankah selalunya begitu?Dia tidaklah mempunyai pengalaman tetapi dia mengambil pengajaran daripada pengalamn teman-temannya yang lain.


Tiba-tiba langkahnya ke kelas terhenti.Seseorang menyentuh bahunya dari belakang.Ana berpaling.Ingin melihat tuan empunya diri yang menyentuhnya.Dia terkelu.Tidak mampu berkata apa-apa.Berdiri tegap di belakangnya itu seorang insan yang amat dirinduinya. "Fariz"hanya kata-kata itu mampu diucapnya.Perlahan tapi jelas kedengaran. "Ya,aku".Seakan terubat rasanya kerinduan yang dipendam terhadap sahabat karibnya itu.Sahabat yang sering kali menghulurkan bantuan di saat dia benar-benar memerlukan.Sahabat yang sanggup mengharungi kesusahan bersama dan tidak melupakan dirinya di waktu kesenangan menyapa.Juga sahabat yang sanggup memberi ungkapan nasihat dan teguran ketika dia melakukan kesilapan.Ah!Alangkah indahnya sebuah persahabatan jika sentiasa disulami keikhlasan.Baginya,Fariz sememangnya sahabat yang amat sempurna!



Fariz melambai-lambaikan tangan di hadapannya.Ana tersedar dari lamnunannya.Terukir sekuntum senyuman di bibirnya.Keadaan kembali sunyi.Masing-masing terasa kekok untuk berkata-kata.Jangka masa setahun yang tidak mempertemukan mereka membuatkan mereka seperti sahabat yang baru ingin berkenalan. "Assalamualaikum,Puteri Arissa Maryanna"Fariz memecah kesunyian. "Waalaikumussalam"ringkas dan lembut Ana menjawab. "Kau ni kenapa?Macam tak biasa je jumpa aku?"…

Kring!!!Kring!!.....


Bunyi loceng membuatkan mereka mengatur langkar secepat mungkin ke tapak perhimpunan.Bagi Ana sekurang-kurangnya bunyi loceng itu dapat menyelamatkan dirinya daripada keadaan kekok tadi.Huh!Lega rasanya.Mengapa dia jadi begitu?Sedangkan telah lama dia menenti saat mereka dipertemukan kembali.Tapi entahlah.Mungkin dia belum biasa agaknya dengan kehadiran Fariz semula.Apa yang tidak menyangkakannya lagi,mereka ditempatkan dalam satu kelas.Fariz mengambil tempat di sebelahnya.Sama seperti tahun-tahun sebelum ini.Tahun di mana dia dan Fariz berada di satu kelas.Akhirnya Ana menutur bicara "Kenapa kau tiba-tiba sahaja masuk sekolah ni balik?Pelik bin ajaib la kau ni".. "Sebab kaula"Ringkas dan perlahan jawapan yang dituturkan Fariz tapi masih mampu didengari Ana.Tapi mengapa apabila Fariz menyatakan seperti itu,tiba-tiba jantung nya berdegup pantas. "Apa?Kerana aku?"..Fariz sekadar mengangguk.Ana tidak lagi terkata apa-apa.Keadaannya seperti kegelisahan.Dia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba dia jadi begitu.Melihatkan keadaan Ana yang tidak tentu arah itu,terbit segaris senyuman di bibir Fariz.Akhirnya,kedengaran deraian ketawa.Tidak tahan rasanya dia melihat keadaan Ana.Ana hanya memeandang Fariz dengan rasa hairan. ‘Apa kena dengan mamat ni tiba-tiba sahaja ketawa’getus hatinya. "Kau ni.Apala.Aku balik sekolah ni semula sebab aku dah tak tahan duduk sekolah berasrama.Kau sendiri tahu aku kerabat diraja.Manalah biasa buat semua kerja sendiri."dengan nada berlagak dia menutur bicara. "Kau memang.Dah dapat sekolah asrama penuh,keluar!Apala..kalau aku,aku dah duduk je kat sekolah tu.Yela,kerabat diraja lah katakana kawan aku ni.Tak biasa hidup susah sikit".. "Yela yela..ala,aku tak biasa la duduk asrama.Aku rindu keluarga kau,rindu kau" "Kau tak habis-habis.Suka sahaja meletakkan kesalahan di bahu orang lain.Sajalah tu nak salahkan aku and family kau".. "Dahlah tu,tak payah nak membebel lagi.Kau ni kalau membebel berjam-jam tak habis"…Ana hanya menarik muncung. "Dahla tu,muncung kalau lawa tu taka pa la jugak.Ni mengalahkan muncung tikus"..Keasyikan mereka berbual sehinggakan tidak perasan guru telah masuk ke kelas.Mereka hanya tersedar guru telah masuk ke kelas,apabila seorang rakan mereka, Farah memeberitahu mereka.Nasib baik!Kalau tidak pasti mereka akan disuruh berdiri.Malu!


Pada waktu rehat…..


Keadaan kantin Smk Sri Bangsar sememangnya penuh.Tapi Ana dan Fariz beruntung.Mereka tidak perlu beratur panjang untuk memebeli makanan.Setiap pelajar seakan-akan memberi laluan untu mereka membeli makanan.Bukan seakan-akan!Sememangnya! Ana dan Fariz memang sudah biasa dengan keadaan ini.Mana tidaknya,toiap-tiap kali dia beratur di kantin,pasti ada sahaja yang menawarkan untuk membelikan makanan untuknya.Tapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain.Walaupun keadaannya kini tidak lagi semiskin dulu dengan adanya bantuan orang ramai.Takkanlah dia hendak berlagak seperti Puteri Raja pula.Biarlah dia melakukan segala-galanya sendirian tanpa perlu meminta bantuan orang lain.Lagipun dia sudah biasa hidup susah.Takkanlah pekerjaan sekecil itu tidak mampu dilakukannya.Apabila dia menolak permintaan mereka,dengan serta-merta mereka memberi laluan ke hadapan untuk membeli makanan.Tak guna lagi dia menolak.Kalu dia menolak lagi pasti orang akan kata dia sombong.Tapi sebenarnya dia tidak mahu mengambil kesempatan terhadap orang lain. Dia hanya menguntumkan segaris senyuman sebagai tanda terima kasih.Begitu juga yang berlaku terhadap Fariz.Tapi alasannya berbeza.Jika Ana kerana kecantikan dan kepandaiannya,Fariz pula kerana dia adalah kerabat diraja!hanya kerana itu.



Mereka mencari tempat untuk duduk.Ah!Penuh.Memang begitulah keadaan di kantin Smk Sri Bangsar.Akhirnya mereka hanya memeutuskan untuk duduk di bangku-bangku yang disediakan di tepi-tepi kantin.Biarpun tanpa meja tapi tak apa.Kerana sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat untuk duduk. "wei,lepas aku blah dari sekolah ni,kau mesti asyik sorang-sorang je kan.Kau tak ada kawan lain ke?Aku rasa mesti ramai yang nak kawan ngan kau tapi kau wat don’t know je kan macam dulu-dulu.Aku faham sanagt kau ni". "Kalau dah faham tu,wat apa tanya lagi.Dahla,tak baik cakap waktu makan". "Cakap sikit je takkan salah pulak" Uhuk!Uhuk! "Kan dah tersedak.Aku dah kata jangan cakap tak nak dengar.Nah,ambil air ni". "Kau ni bukan nak risaukan aku ke apa,ni pulak makin nak membebel" "Dahla,cepat makan,malas aku nak layan kau ni.Ada je lah alasan kau.Rehat pun dah nak habis ni"


Keakraban mereka memang tidak boleh disangkal lagi.Ke mana-mana sahaja berdua.Apabila berdua,memanglah mengalahkan orang lain apabila berbual.Sikap mereka berdua yang pendiam pun ternyata tidak akan terserlah apabila mereka berdua.Tetapi jika berjauhan,masing-masing hanya berdiam sahaja.Seperti sediakala.Mungkin mereka serasi,sebab tu la dapat bergaul dengan baik agaknya!


Namun,keakraban mereka dicemburui mata-mata yang memandang.Sememangnya mereka mempunyai ramai peminat.Ada-ada sahaja cara yang digunakan peminat-peminat mereka itu untuk memisahkan mereka.Pada hakikatnya mereka bukanlah kekasih tapi hanya bergelar teman rapat.Kenapalah persahabatan antara seorang lelaki dan perempuan itu selalu disalah ertikan?Pada hakikatnya mereka memang kawan baik,itupun ada juga insan yang sanggup cuba untuk memutuskan persahabatan mereka.Bukankah memutuskan persahabatan itu berdosa?Namun persahabatan mereka tidak pernah tergugat dengan kehadiran-kehadiran insan-insan jahat yang ingin memisahkan mereka.Yang ingin memutuskan persahabatan mereka.Tapi untuk apa?Kenapa mereka harus cemburu dengan persahabatan orang lain?Tak bolehkah mereka hanya mendoakan semoga persahabatan orang lain itu akan sentiasa berkekalan?Itulah sikap manusia.Memang mudah cemburu dan iri hati terhadap kebahagiaan yang dimiliki orang lain.


Beberapa bulan kemudian.....


"Ana,jumpa aku lepas tamat sekolah ni.Ada hal aku nak bincang dengan kau sikit.Tempat biasa kita buat ulangkaji"tutur Fariz.Ana hanya mengangguk Kerana ketika itu,pelajaran Sejarah sedang berjalan.Dia tidak mahu hilang tumpuan ketika belajar.Terutamanya mata pelajaran seperti Sejarah yang perlukan untuknya mengingat fakta yang banyak.Fariz kelihatan tidak tenteram. ‘Sakitkah dia?’Fikir Ana lagi. ‘Tapi biarlah.Nanti sahaja aku bertanya padanya’.


Akhirnya tiba lah masa yang dinantikan Fariz.Sebaik sahaja tamat sekolah,dia bergegas pulang dari sekolah.Tidak sempat lagi Ana mahu bertanya,kenapa dia mahu nerjumpa,dia sudah ghaib.Tidak seperti selalu.Selalunya Fariz akan menunggunya untuk pulang bersama-sama.Selalunya Fariz akan menumpangkannya untuk pulang ke riumah.Ah,terpaksalah dia berjalan kaki hari ini.Lagipun bukannya dia tidak biasa.Setibanya dia di rumah,dia bergegas menukar pakaiannya.Disebabkan berjalan kaki,jadi dia lewat tiba di rumah. "Mak,Ana nak keluar kejap mak.Nak jumpa kawan kejap.Sejam je".. "Sejam je tau!Kalau dalam masa sejam Ana tak balik,mak kunci rumah.Ana duduk lah kat kuar rumah tu je".Mak Ana memang begitu.Dia memang sedikit tegas dengan anak-anaknya tetapi hatinya lembut. "Mak,Ana pergi dulu"sebaik sahaja bersalaman dengan ibunya ,Ana bergegas ke tempat yang dimaksudkan Fariz.Di sebuah taman yang terletak tidak jauh dari rumah Ana.Taman itu memang terkenal dengan kecantikannya.Keadannya yang tenang juga membuatkan Ana dan Fariz terasa damai belajar di situ. Setibanya di situ,Ana mencari-cari kelibat Fariz.Akhhirnya,dia menemukan Fariz di satu sudut taman itu.Dia segara menghampiri Fariz.Tanpa dipelawa,dia melabuhkan punggung di sebelah Fariz tapi tidak terlalu rapat. "Lam tunggu?"Ana memulakan bicara. "Baru je aku sampai". "Apa hal yang kau tiba-tiba je nak jumpa aku ni?Macam ada yang tak kena je". "Aku...aku".. "Aku apa?Sejak bila kau jadi gagap ni?Lepas ni bolehlah aku panggil kau Mat Gap"Ana berderai ketawa melihat keadaan sahabatnya yang seperti tidak tentu arah itu.. Fariz cuba mengumpulkan kekuatan diri.Akhirnya dia meluahkan jua apa yang terbuku di hatinya selama ini. "Aku....sukakan kau".Sekarang ni giliran Ana pula yang menjadi tidak keruan.Lidahnya kelu.Lama kedua-duanya membisu.Akhirnya Fariz memecah kesunyian, "Aku tak minta kau apa-apa.Aku sekadar nak kau tahu aku sukakan kau.Tapi kalau kau tak dapat terima aku,kita akan terus jadi kawan.Dan anggaplah hal ni tak pernah berlaku.Boleh tak?".. "Er..aku,aku tak tau nak cakap apa.Aku bukan tak sukakan kau.Tapi aku sukakan kau sebagai seorang kawan.Tak lebih.Kau sendiri tahu aku tak kawan dengan mana-mana budak laki sebelum ini sebab dia orang mengharapkan lebih daripada seorang kawan.Kau faham kan maksud aku?Lagipun,kitakan masih belajar.Masih bersekolah dan masih ditanggung oleh kedua ibu bapa kita"lembut dan tenang Ana menjawab.Fariz hanya menjatuhkan pandangan ke rumput hijau. "aku faham"ringkas sahaja tutur kata Fariz.Hatinya kecewa. "Biarlah kita tamatkan persekolahn dulu dan terus menjadi sahabat.Aku tak mampu berjanji lebih.Biarlah waktu yang menentukan.Lagipun tahun ni kita SPM kan.Aku harap hal-hal macam ni tak mengganggu pelajaran kita".. "Kau jangan risaukan aku.Aku ok.Aku akan terus tunggu kau walaupun penantian itu suatu keperitan"
"Tak payahlah kau tunggu aku.Persisiran pantai lagikan berubah apabila dilanda ombak,inikan lagi hati orang". "Kalau kau dah kata macam tu.Aku tak boleh paksa.Lagipun betul kata kau.Biarlah masa menentukan sagala-galanya.Biarlah kita bersahabat dahulu".Hati..tabahlah...jiwa..tenanglah....Mengapa harus menangis?Mengapa harus bersedih?Mungkin inilah ketentuan takdir.Cinta itu tidak seharusnya dibiarkan hadir di saat waktu begini.Bukankah mengejar ilmu itu lebih penting dahulu.Kerana jodoh tak akan ke mana kalu sudah ditakdirkan begitu. "Aku balik dululah.Kau sendiri tau perangai mak aku tu macam mana"tutur Ana. "Kita jumpa kat sekolah esok.Assalamualaikum"Fariz berlagak tenang.Walaupun pada ketika itu dalam hatinya,hanya Allah yang tahu.Betapa peritnya dia menanggung luka.



Selepas kejadian hari tersebut,mereka masih bersahabat seperti biasa.Walaupun kadangkala mereka terasa kekok.Tapi mereka cuba lupakan hal tersebut.Mereka masih mengulangkaji bersama dan bertukar-tukar pendapat.Lagipun peperiksaan SPM sudah tidak lama lagi.Lebih kurang dua bulan lagi.



Dua bulan kemudian....



"Good luck,Fariz"tutur Ana perlahan. "Good luck juga"Fariz membalas ringkas.Masing-masing menjawab yang terbaik dalam peperiksaan SPM itu.Sesekali terlihat wajah-wajah berkerut pelajar-pelajar tingkatan5 Smk Sri Bangsar ketika menjawab soalan peperiksaan tersebut.Namun,di suatu sudut dewan,kelihatan seorang pelajar perempuan tenag menjawabnya.Siapa lagi kalau bukan Puteri Arissa Maryanna.Sehinggalah kertas peperiksaan terakhir,dia menjawab tenag.Akhirnya,lagi beberapa saat,beberapa detik,peperiksaan akan tamat.Dan pada waktu itu bererti kebebasan bagi pelajar-pelajar tingkatan5. "MERDEKA!"terdengar laungan merdeka beberapa kali oleh pelajar-pelajar tingkatan5 smk sri bangsar.Mungkin kerana terasa beban di dada sudah hilang.Laungan merdeka itu mengalahkan laungan Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri pertama Malaysia ketika hari kemerdekaan,31 ogos 1957.



Semua pelajar bergegas keluar dari dewan peperiksaan.Ana dan Fariz juga begitu.Ana menuju ke arah Fariz. "Macam mana?rasa boleh score tak?" "Insya-Allah"balas Fariz ringkas.Dia tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi kemudia kecewa sendiri. "Lepas ni susahlah kita nak jumpa lagi kan"nada suara Ana sedikit sedih. "Tak apa lah.Kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi.Tapi kalau terjumpa kat mana-mana nanti,jangan pula kau lupa aku". "Tak mungkin aku akan lupa kau"lembut sahaja tutur kata Ana.Kemudian,kedua-duanya berlalu pergi.Meninggalkan kawasan sekolah, bermula dengan hidup baru.


Tiga bulan kemudian....



Semua pelajar Tingkatan 5 smk sri bangsar berasa terlalu takut untuk menerima keputusan mereka.Berbagai-bagai ragam mereka tunjukkan.Ada yang menangis.Ada yang termuntah-muntah.Malah ada juga yang pengsan.Fariz dan Ana masing-masing telah mendapat keputusan mereka. "Alhamdulillah"mereka sama-sama mengucap kesyukuran. "Berapa?"pertanyaan Fariz yang mengejut itu membuatkan Ana hampir sahaja melatah.Kalau ada penyakit jantung,dah habis dah agaknya dia waktu tu. "12 A1.Kau?" fariz sekadar membuat muka sedih lalu menunjukkan keputusannya. "Tahniah!"ucap Ana. "Thanks.kau pun sama juga.Tahniah!Tak sangka keputusan kita sama". "Kan kita ulangkaji sama-sama,Fariz oi". "Fariz,aku ada hal nak cakap dengan kau" . "Apa?"balas Fariz ringkas. "Er..Kalaulah masih ada ruang di hati kau..." "Maksud kau?Kau dah boleh terima aku?" "er...macamtu la agaknya".Muka Ana sudah mulai merah. "Tak sangka.Hari ni memang hari yang paling bahagia bagi aku.Thanks Ana.".Walaupun persahabatn itu amat berharga,seumpama sebutir permata di celah-celah kilauan kaca.Bersinar tapi tak semua orang dapat memilikinya.Tapi kadangkala hati dan perasaan tiada siapa yang tahu.Mungkin menerima seseorang lebih daripada sebagai seorang sahabat akan terus kekalkan persahabatn itu.Selagi hatinya setia.Nilai persahabatn terlalu berharga.Ana tidak mahu persahabatannya dengan Fariz berlalu begitu sahaja.Dengan penerimaannya terhadap Fariz mungkin akan mengukuhkan lagi persahabatan mereka.Walaupun dalam diam,dia memang sudah mulai suka Fariz lebih daripada seorang kawan. "Aku harap kau akan setia" ..."Ana,takkan la still beraku kau.Saya awak la" "eei..kau ni..tengoklah dulu.saya tak biasa lah awak". "Tukan sedap cakap saya awak"Deraian ketawa kedengaran antara mereka.Masing-masing gembira dengan peleraian yang mereka lakukan.Yang pasti,persahabatan mereka akan kekal selama-lamanya.Walaupun,mungkin lebih daripada kawan.namun,mereka tersenyum puas…
                                                                           mbs_miss budak sekolah

No comments:

Post a Comment