Pages

Monday 20 December 2010

Ranking Bahasa Dunia

10. Bahasa Perancis - lebih 130 juta penutur. Kebanyakannya dipertuturkan di Perancis, tetapi jangkauannya hingga ke Afrika, Kanada, sebahagian Asia dan Amerika Selatan. Sehingga zaman Revolusi Perancis, dasar imperialistik Perancis mengembangkan la langue Francaise ke seluruh tanah jajahannya. 


9. Bahasa Melayu/Indonesia - lebih dari 170 juta penutur. Dipertuturkan di Nusantara, ia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Juga dipertuturkan di Timor Leste, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Kalau diambil kira jumlah penduduk sebenar Indonesia yang melampaui 220 juta orang, ranking bahasa ini sepatutnya lebih baik. Maklumat yang diambil dari internet ini bukannya selalu tepat. Ada sesetengah laman mengatakan penutur bahasa Melayu/Indonesia adalah hanya 76 juta orang! 

8. Bahasa Portugis - Selepas mencapai kemerdekaan dari Sepanyol pada kurun ke-12, pengaruh Portugis berkembang pesat, terima kasih kepada pengembara, Vasco da Gama. Eh, macam team bolasepak la... Terdapat 175 juta penutur meliputi Portugal sendiri, Brazil, Angola, Cape Verde, Perancis, Guinea-Bissau, Mozambique, Sao Tome dan Principe. 

7. Bahasa Bengali - He he! Bangla yang ramai itu telah meletakkan bahasa ini di tangga ke tujuh! Dengan Bangladesh yang berpenduduk lebih dari 120 juta orang, penutur bahasa ini berjumlah 210 juta orang, dicampur penutur dari India, Malaysia dan Singapura. 

6. Bahasa Arab - Bahasa Nabi Muhammad S.A.W. merupakan bahasa rasmi di lebih kurang 25 negara. Mempunyai lebih dari 260 juta penutur, ia meliputi dunia Arab dari Maghribi hingga ke Iraq. Bahasa Parsi dan Urdu juga menggunakan tulisan jawi tetapi berbeza dari bahasa Arab - bahasa Arab adalah bahasa Semitik manakala Parsi dan Urdu adalah Indo-European. Merupakan bahasa Al-Quran, ramai umat Islam sedunia boleh bertutur dalam bahasa Arab. Contohnya di Eropah, Amerika dan Asia Tenggara sendiri. 

5. Bahasa Rusia - Negara Rusia yang luas itu mempunyai 275 jutaorang penutur. Kalau diambil kira pertambahan pesat bangsa Arab, ranking bahasa Rusia mungkin turun pada dekad depan. 

4. Bahasa Sepanyol - Terdapat 350 - 400 juta penutur. Merupakan bahasa rasmi di lebih 20 buah negara, ia dipertuturkan di Sepanyol, Argentina, Andorra, Belize, Colombia, Cuba, Honduras, Mexico, Nicaragua, Venezuela dan Amerika Syarikat. Jadi, bahasa Sepanyol berada di numero cuatro. 

3. Bahasa Inggeris - Bahasa universal masakini dengan 500 juta orang penutur. Bukan nombor satu!! Ada lagi bahasa lain yang lebih ramai penuturnya. Bahasa ini dipertuturkan secara rasmi di lebih dari 50 buah negara, suatu rekod. Dipertuturkan di banyak negara, di semua tanah jajahan British seperti Australia, Brunei, Cameroon, Kanada, Fiji, New Zealand, India, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Seychelles, Sierra Leone, Afrika Selatan, Britain, Republik Ireland dan Amerika Syarikat. 

2. Bahasa Hindi/Urdu - Secara ironik, bahasa Hindi dan Urdu adalah bahasa yang sama. Di Pakistan, bahasa Hindi diubah dan ditulis dalam Jawi sebagai Urdu, sebaliknya di India, ditulis dalam tulisan Devanagari dan dipanggil Hindi. Digandingkan keduanya, 600 juta orang bercakap dalam bahasa ini. Juga dipertuturkan di Malaysia dan Singapura. Di kala sesetengah pakar mengatakan bilangan penduduk India akan melebihi penduduk China, penutur bahasa Mandarin tetap mengatasi penutur bahasa ini kerana bahasa Inggeris dipertuturkan secara meluas di India, tidak di China. 

1. Bahasa Mandarin - Ha, ni dia nombor satu! Bahasa Mandarin dipertuturkan lebih dari satu bilion orang. Kalau di Indonesia, dibicarakan satu milyar. Ini menjadikannya bahasa paling dipertuturkan di dunia. Selain di China, bahasa Mandarin dipertuturkan di Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Mongolia, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Thailand dan Taiwan. Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang agak sukar kerana ia boleh dibicarakan dalam 4 tone. Tetapi bila dah pandai, kamu boleh bercakap dengan satu bilion orang! 

No comments:

Post a Comment